PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) akan membuat penilaian semula terhadap kes seorang peniaga burger di Kelantan yang dikompaun RM50,000, sama ada diberi pengurangan atau pengecualian, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Beliau berkata KKM amat prihatin serta memandang serius kes berkenaan dan meminta peniaga terbabit tampil mengemukakan permohonan rayuan terhadap kompaun itu secepat mungkin.
"KKM melihat kes ini sebagai kes terkhusus dan perlu ditangani segera.
"Untuk itu, KKM akan membuat penilaian semula bagi mempertimbangkan sama ada akan diberikan pengurangan atau pengecualian sekiranya didapati ada asas yang munasabah," katanya dalam satu kenyataan hari ini berhubung isu kompaun RM50,000 terhadap peniaga burger kerana berniaga melebihi waktu ditetapkan.
BACA: Jual burger depan tangga rumah, peniaga kecewa dikompaun RM50,000
BACA: Neelofa bantu bayar kompaun? 'Rasa mudah sikitlah' - Peniaga burger
Tular di media sosial seorang peniaga burger dikenakan kompaun RM50,000 kerana berniaga di hadapan rumahnya pada kira-kira 11 malam.
Dr Adham berkata tujuan KKM menguatkuasakan undang-undang dan mengenakan kompaun adalah untuk mendidik dan bukannya menghukum semata-mata.
Jelasnya, mereka yang dikompaun sentiasa diberikan peluang untuk mendapat keadilan dan dibenarkan mengemukakan rayuan mengikut mekanisme yang disediakan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 27 2021
Dr Adham berkata tujuan KKM menguatkuasakan undang-undang dan mengenakan kompaun adalah untuk mendidik dan bukannya menghukum semata-mata. - ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR
Siapkan segera trek BMX Bukit Siol - Abdul Karim
Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah meminta kontraktor bagi projek trek BMX Bukit SIol untuk segera menyiaokannya bagi memudahkan atlet Sarawak berlatih bagi menghadapi SUKMA 2024.
KPM sambut baik Sarawak rangka ujian ganti UPSR
KPM sambut baik hasrat kerajaan negeri Sarawak yang bercadang merangka sistem penilaian sendiri bagi menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk murid Tahun Enam di semua sekolah di negeri itu.
Kastam Sarawak rampas rokok, minuman keras RM2.41 juta di Bintulu
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak merampas minuman keras yang disyaki tidak berkastam dianggarkan bernilai RM2,414,784.30 termasuk duti dan cukai di Bintulu pada Jumaat lalu.
Jangan percaya orang tak dikenali - Flovia Ng
Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah memberi peringatan kepada remaja khususnya kanak-kanak bawah umur agar tidak percaya kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali. Ia susulan tiga remaja di Ranau, bertindak tidak balik ke rumah kerana mahu ke Sandakan untuk mencari kerja bagi membeli telefon pintar.
Sektor Pontianak-Kuching perlu dihidupkan kembali
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah
Enam lagi lebuh raya setuju laksana pembayaran tol terbuka
Enam lagi lebuh raya bersetuju melaksanakan Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT) bermula September ini, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Penumpang keluar masuk di LTAK melebihi kapasiti
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah menyambut baik hasrat Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg agar sebuah lapangan terbang antarabangsa baharu didirikan di wilayah itu
Kami janji bawa balik Piala FA ke Old Trafford - Erik ten Hag
Manchester United akan beri segalanya di Final Piala FA menentang Manchester City pada 25 Mei ini.
Isu kenaikan gaji penjawat awam antara dibincang
Isu kenaikan gaji penjawat awam seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi antara perkara dibincangkan dalam pertemuan antara Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji dan Presiden Cuepacs, Datuk Adnan.
Sarawak tunggu butiran terperinci gaji baharu penjawat awam persekutuan
Kerajaan Sarawak masih menunggu butiran terperinci kenaikan gaji penjawat awam persekutuan supaya kenaikan gaji penjawat awam Sarawak dapat diselaraskan mengikut persekutuan.
Banjir: Demi kelangsungan hidup, peniaga burger teruskan perniagaan
Dia tiada pilihan selain meneruskan rutin hariannya itu memandangkan mempunyai tanggungan yang perlu disara di rumah.
Penguasa perlu ada budi bicara sebelum keluarkan kompaun - Mas Ermieyati
Anggota penguat kuasa disaran menggunakan budi bicara sebelum mengeluarkan kompaun dengan melihat faktor-faktor penyebab dan situasi semasa yang menyebabkan berlakunya pelanggaran SOP.
Tiga peniaga dikompaun RM50,000 sudah kemuka rayuan - JKNK
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) sudah menerima rayuan daripada tiga peniaga yang dikenakan kompaun RM50,000 atas kesalahan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP), Ahad lepas.
KKM kaji pengurangan, pengecualian terhadap kes peniaga burger dikompaun RM50,000
Kementerian Kesihatan (KKM) akan membuat penilaian semula terhadap kes seorang peniaga burger di Kelantan yang dikompaun RM50,000, sama ada diberi pengurangan atau pengecualian.
Neelofa bantu bayar kompaun? 'Rasa mudah sikitlah' - Peniaga burger
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor menerusi muat naik status Instagram Story beliau memaklumkan telah berhubung dengan peniaga burger itu menerusi peguamnya.
Kompaun peniaga RM50,000: Itu tidak sepatutnya berlaku - Ismail Sabri
KKM akan mengambil tindakan susulan berhubung isu kompaun RM50,000 yang dikenakan ke atas peniaga yang melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Dikompaun RM50,000, peniaga colek akui tidak mungkin mampu bayar walau diberi pengurangan
Selepas kecoh seorang peniaga burger dikompaun RM50,000 pada Ahad malam di sini, seorang lagi peniaga colek di Kampung Chekok Tengah di sini, mendedahkan turut menerima nasib sama.
Bukan lagi RM50,000, nilai kompaun ke atas peniaga burger depan rumah diteliti semula - Polis
Polis juga akan memanggil pemilik premis yang dikenakan kompaun untuk menawarkan nilai kompaun mengikut garis panduan yang ditetapkan di bawah Akta 342.
Jual burger depan tangga rumah, peniaga kecewa dikompaun RM50,000
Seorang penjual burger kecewa apabila dikompaun RM50,000 oleh pihak polis kerana kesalahan berniaga melebihi waktu ditetapkan.
Siasatan kes polis tumbuk peniaga burger lengkap
Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Thiew Hock Poh berkata, kertas siasatan telah dihantar kepada pihak pendakwaan untuk tindakan selanjutnya.